Istana yang di kenali sebagai istana kuning pada hari ini adalah istana lama yang telah di jadi kan muzium di raja perak yang bertapak berdekatan istana iskandariah bukit candan kuala kangsar perak. Apabila saya mengunjungi istana lama ini saya berasa kagum dengan keunikan istana yang berdindingkan kayu yang mempunyai hasil corak ukiran yang cantik tanpa mengguna kan paku dan di buat pada tahun 1926 selepas banjir besar berlaku dan siap sepenuhnya pada tahun 1932.
Tukang yang membuat istana ini beranama Hj suffian dan anak anaknya yang berasal dari seberang perai. Apa yang saya di khabar kan, Sultan Iskandariah Shah iaitu sultan ke30 (1918-1938) pernah berpindah bersemayam di istana ini memadang kan istana negara masa itu akan di roboh kan untuk di bina semula iaitu istana Iskandariah sekarang.
Nama sebenar nya istana ini pada waktu dahulu ialah istana lembah atau pun di panggil tepas. Dan pada tahun 1960an, istana ini di perbaiki semula dengan hasil usaha yang teramat mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj , bekas perdana menteri malaysia.
Pada 16 november 1986, dengan jayanya maka terpelihara lah dan terasminya istana ini telah di jadi kan muzium di raja perak sehingga lah ke hari pada hari ini..
Fardika Adika-
Selasa- 11/ februari/14
10:35am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan