ini adalah Istana seri menanti yang berada di Kuala Pilah Negeri sembilan yang masih megah dengan kecantikan nya walau pon istana ini sudah lama namun ia masih utuh dan di perbuat daripada kayu dan pernah di diami oleh yang Di-Pertuan Besar negeri sembilan sekitar tahun 1900-an. Tapi kini memandang kan ia adalah satu warisan sejarah yang berharga, istana ini telah beubah peranan nya menjadi sebuah muzium.
Istana seri menanti telah di bina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 di sebab kan istana pulih pernah terbakar oleh askar askar ingeris semasa ia mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah ketika berlaku nya peperangan sengit di bukit putus di masa itu.
Baginda telah bersemayam di Istana seri menanti ini sehingga pada tahun 1931 dan berpindah di istana baru berdekatan istana lama.
Istana seri menanti ini di diri kan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Istana ini setinggi empat tingkat dan pereka binaan ini adalah tukang kayu yang berketurunan Melayu yang bernama kahar dan Taib. Di sebab kan tukang kayu yang bernama Kahar telah banyak berkhidmat kepada Tuanku Muhammad, tukang kayu yang bernama Kahar telah di berikan darjat kebesaran iaitu gelaran 'Dato panglima sutan oleh Tuanku muhammad.
namun pereka binaan ini telah di perinci kan kembali kepada pelukis pereka binaan iaitu Mr.Woodford dari Jabatan Kerja Raya,Seremban dan pada bulan november 1902 pulah telah di lulus kan oleh Jurutera negeri sembilan dan Residen british.
Istana seri menanti ini sebenar nya mempunyai 99 batang tiang dan termasuk 4 batang tiang seri yang mempunyai kepanjangan 67kaki. Keempat empat tiang sari ini telah di ambil dari bukit Pergai, Jelebu dan kayu kayu yang lain telah di ambil dari bukit tinggi dan jenis kayu Penak. Namun keunikan istana lama ini, langsung tidak mengguna kan besi atau pun paku dan hanya mengguna kan paku yang di perbuat daripada kayu yang keras dandi panggil Pasak yang berfungsi untuk menyambung papan. Di atas atap pula mempunyai seperti tanduk kerbau yang di anggap sebagai lambang keamanan.
Khamis, 13 Februari 2014
Istana seri menanti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan